Pada 5/12/09 bertempat di rumah saudara Rahimi , mesyuarat mengenai hari keluarga atau friends day telah berlangsung dengan jayanya dimana mesyuarat ini membincangakn tentang persiapan mengenai hari keuarga atau freind's day yang akan dibuat pada tarikh 26&27 december ini.
Kehadiran pada hari tersebut adalah saudara yazee . Timbalan Pengerusi Sid70 , saudara wan hamizu , saudara moderator , saudara solah , saudara fadly , saudari intan iaitu pengerusi dewan muslimat sid70 dan juga ahli baru sid70 iaitu saudari Noraini Derasid..ehem ehem...
Mesyuarat ini membincangkan mengenai persiapan oleh ahli jawatankuasa majlis dan juga mengenai aturcara program yang akan diadakan di Hotel Impian Morib Banting. Umum diketahui bahawa penyertaan amatlah memberangsangkan oleh kerana ianya disertai juga oleh saudara kita ahli SID70 dari kelantan.
Aturcara program akan dimuatkan kedalam laman web ini memandangkan ianya adalah acara hari keluaraga tahunan yang pertama untuk kumpulan SID70 ini. Difahamkan juga satu usaha untuk menghimpunkan ahli keluarga SID70 di Kelantan juga telah digerakkan oleh ahli-ahli kita yang berada di Kelantan Darulnaim , negeri kesayanagan , tanah serendah sekebun bunga dan juga negeri yang terkenal dengan panggilan cik siti wan kembang dengan moto yang paling ditakuti oleh pihak lawan iaitu ' Gomo Kelate Gomo '.
Alhamdulilllah , mesyuarat tersebut telah berakhir dengan jayanya dimana segala masalah yang timbul dapat diselesaiakn secara bijaksana dan ukhwah persaudaraan oleh ahli-ahli jawatankuasa yang bermesyuarat pada pagi itu. Mesyuarat telah diakhiri dengan jamuan makan yang dianjurkan oleh saudara pengerusi dimana menu pada hari itu adalah daging itik masak kari , daging kerutub oleh saudari intan , ulam ulaman , ikan kering , otak-otak dan paling tidak boleh tinggal adalah makanan kegemaran rakyat kelate iaitu budu cicah asam beserta lada taik tikus. Pendek kata ahli mesyuarat merangas sepuas-puasnya bagi meredakan stress pada mas mesyuarat.
Saya lampirkan gambar foto mesyuarat untuk tatapan ahli jawatankuasa sebagai kenang-kenangan.
Wassalam
Moderator
No comments:
Post a Comment