Saturday, November 28, 2009

Sambutan Aidiladha SID70



















Pada tanggal 29/11/09 bertempat di Sekolah Dato Hamid 2 Pasir Mas , majlis ramah mesra aidiladha telah berjaya untuk kali kedua dimana kehadiran dari rakan-rakan dan sahabat SID70 telah berjaya mengumpulkan beberapa rakan-rakan lama . Ini adalah kerana usaha yang telah dilakukan oleh ahli-ahli dalam menghubungi rakan-rakan lama untuk turut serta dalam majlis yang dianjurkan ini.

Majlis ramah mesra pada hari ini telah dirancang dengan begitu rapi dimana rakan-rakan SID70 dapat bersua kembali dan merapatkan lagi hubungan silaturahim. Sekalung terima kasih kepada Timbalan Pengerusi SID70 iaitu saudara Yazee kerana sudi menaja majlis makan pada kali ini. Diharap semoga majlis ini akan dikekalkan setiap tahun bagi mengeratkan lagi persaudaraaan sesama ahli SID70 ini. Marilah kita meningkatkan lagi ukhwah persaudaraan sesama kita untuk kebaikan pada masa hadapan.
Harapan saya semoga sambutan Aidilfitri untuk tahun 2010 akan dihadiri lebih ramai lagi sahabat-sahabat SID70 dimana kita akan cuba mengumpulkan seramai yang boleh untuk diabdikan kenanagan sepanjang tahun.
Moderator.























































































































Makan-Makan rumah Prof Aziah di Pasir Mas





Pada 28/11/09 , satu perjumpaan santai telah diadakan di kampung pauh rumah ibunda kepada prof aziah dimana kehadiran dari fok2 tino iaitu saudari intan sribani ( I.S ) , Haida ( B.A ) , Khazana , Noraini Derasid ( N.D ) disertai juga saudara Awie , moderator dan juga suami kepada khazana dan yang paling ramai adalah cucu-cucu tok tua.
Hidangan makanan memang menyelerakan bilamana prof telah menyediakan juadah sup tulang lembu , sambal lada , kuih muih dan juga pencuci mulut atau dalam bahasa inggeris dipanggil dessert. Diakhir perjumpaan prof telah mengeluarkan sebiji kek aidiladha bertemakan salam kepada warga sid70 dimana kek tersebut teramatlah sedap hingga moderator menjilat pinggan plastik dan sudu bilamana kek tersbut didatangkan khas dari Kota Bharu Darulnaim.
Moderator apabila makan macam kenyang tak kenyang sebenarnya. Saudara Yazee tidak dapat menghadirkan diri oleh kerana dok sibuk dengan tok tua yang baru mengorbankan lembu seekor pada hari ini. Gambar moderator tidak dapat diupload oleh kerana atas sebab-sebab keselamatan dan rasanya tidak sesuai kerana jamuan pada rumah ibunda prof pada hari ini dikuasai atau dimonopoli oleh fok2 tino.





Friday, November 13, 2009

Meeting di Pasir Mas

Mesyuarat pada 12/11/09
Lokasi : SK Dat'o Hamid 2 Pasir Mas
Masa : 0900 - 10.30 Malam
Kehadiran :
Saudara Yazee
Saudara Maliki
Saudara Ahmad Ezaimy
Saudara Hanafiah
Saudara Setopa
Saudara Osmera
Saudara Zainudin Yaakob
Saudara Harzaki Abd Halim
Agenda Mesyuarat :
Pada 12/11/09 - Ahli jawatankuasa SID70 bahagian Pasir Mas telah mengadakan satu mesyuarat bagi membincangkan beberapa perkara dan program yang akan diadakan pada tahun 2010. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :
1- Perlantikan Penolong Bendahari
Ahli jawatan kuasa telah bersetuju untuk melantik saudara Ahamd Ezaimy sebagai penolong bendahari SID70.. Cadangan ini dibawa oleh saudara yazee dan disokong oleh saudara Maliki.
2. Perjumpaan Ramah Mesra Aidil Adha ( Hari Raya Qurban )
Pada 29/11/09 - Hari Ahad / Waktu - 11.00 Pagi
Satu perjumpaan ramah mesra aidiladha akan diadakan di Sekolah Dat'o Hamid 2 oleh kumpulan SID70 Pasir Mas. Pada mana-mana rakan-rakan yang kelapangan atau balik kampung boleh lah datang pada majlis ramah mesra tersebut. Ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan sesama rakan-rakan lama yang sudah lama tidak bersua muka.
3. Program Hari Keluarga SID70 tahun 2010
Bagi program hari keluarga anjuran ajk pasir mas - cadangan hari keluarga pada cuti sekolah penggal pertama tahun 2010.Cadangan tempat: Perdana Resort / Sudara Beach /Bukit kluang . Tarikh dan tempoat belum ditetapkan lagi .Akan diputuskan pada mseyuarat seterusnya. Pada semua ahli SID70 di jemput. Keutamaan ahli SID70 yang berada di Pasir Mas.
4. Alamat Jejak Kasih
Bagi rakan-rakan yang telah dapat dijumpai melalui program jejak kasih. Diharap dapat memberi nama penuh dan alamt lengkap bagi memudahkah urusan ahli jawatan kuasa dalam merangka program seterusnya serta memudahkan ajk menghubungi saudara/saudari semua.
5.Politik
Mesyuarat kumpulan SID70 ini telah sebulat suara untuk tidak mengaitkan kumpulan ini dengan mana-mana pertubuhan politik dan diharap rakan-rakan SID70 ini memahami bahawa
ianya diwujudkan semata-mata ingin mengumpulkan bekas pelajar yang telah tertpisah selepas tamat persekolahan pada tahun 1987 dan seterusnya menjalankan aktiviti-aktivit untuk kebajikan ahli SID70.
6.Penyampaian Maklumat dan aktiviti
Segala maklumat dan program akan dihantar melalui mesej atau melalui laman web ini atau didalam yahoo groups. Saudara radhuan akan menyediakan yahoo groups dan ahli diminta untuk subsribe yahoo groups tersebuit untuk kemudahan penghantaran mesej.
( Akan diberitahu oleh radhuan selepas dibuat )
Mesyuarat tamat pada jam 10.30 malam.

Sunday, November 8, 2009

Piala Malaysia 2009 - Kelanatn vs N.9




Lihatlah betapa ramainya penyokong dari kelate di Perlawanan Final Bolasepak antara Kelantan dan Negeri Sembilan. Rumusan boleh dibuat disini ialah Kelate cuma menang pada sorakan tetapi kalah di perlawanan bolasapak dengan 3 gol berbalas 1. Apapun pengajaran dan kesimpulan yang perlu diambil disini ialah Pasukan Kelate mestilah lebih cemerlang di musim 2010 untuk menebus maruah kekalahan pada 2009. Mimpi ngeri selama 39 tahun masih lagi menghantui pemain dan rakyat kelate yang kempunan Piala Malaysia.
Walaubagaimanapun kita tidak boleh menyalahkan pemain oleh kerana mereka juga menghadapi tekanan yang kuat dari penyokong-penyokong fanatik kelantan. Apapun saya berharap agar penyokong kelantan pada masa hadapan lebih beradab ketika menonton perlawanan bolasepak dan tidak terbawa-bawa dengan perangai kampung dimana pengunaan mercun dan balingan objek seperti botol mineral water digunakan untuk menyuarakan rasa tidak puas hati dan memprotes keputusan yang tidak memihak kepada kelate. Ini tidak mencerminkan jati diri dan orang kelate sebenarnya yang terkenal dengan adab sopan dan negeri serambi mekah. Hanya segelitir dari mereka masih boleh dikatakan berfikiran sempit@jumuk dimana menunjukkan kelakuan jakun dan tak bertamadun di dalam stadium. Kredit diberikan kepada penonton n.sembilan yang profesional dan tidak terikut-ikut dengan rentak emosi penonton kelate.

Sekalung tahniah kepada pengerusi KAFA kerana telah menaikkan bolasepak kelantan dan semoga harapan rakyat Kelantan agar bolsepak Kelantan akan lebih menyerlah di masa hadapan. ' GOMO KELATE GOMO'
Admin

Gambar kenangan Group SID70

Gambar kenangan Group SID70