Sunday, January 10, 2010

Mesyuarat Hari Keluarga 2010 - KFD SID70





** RALAT ** PEMBETULAN MINIT MESYUARAT
Rujukan Bil 3.5 - Bayaran Penyertaan ( Selepas pembetulan )
1. Setiap keluarga akan dikenakan bayaran penyertaan sebanyak RM 350.00 ( untuk 4 orang )
2. Bayaran pertama/permulaan RM 150.00 hendaklah dibayar setelah bersetuju untuk
menyertai program ini dan bayaran baki RM200.00 hendaklah dijelaskan seminggu sebelum
tarikh program ini.


GAMBAR MESYUARAT KFD - SID 70 PADA 09/01/10









Mesyuarat Hari Keluarga SID70 telah diadakan di Sekolah Dato Hamid 2 Pasir Mas Kelantan pada 09.01.2010 . Mesyuarat tersebut adalah untuk membincangkan persediaan sambutan hari keluarga atau dikenali dengan nama 'Kelantan Friend's Day' atau KFD SID70. Untuk pengetahuan hari keluarga SID70 ini diadakan kali kedua setelah mendapat sambutan yang begitu memberangsangkan dari ahli-ahli , tetapi untuk kali ini ianya akan dibuat di Sudara Beach Resort negeri Kelantan atau dikenali dengan panggilan negeri Cik Siti Wan kembang di tanah serendah sekebun bunga.

Lokasi dan tempat telah dipilih sebulat suara oleh ahli-ahli jawatankuasa memandangkan tumpuan hari keluaraga tersebut lebih terarah kepada mereka yang berada di Pantai Timur, walaubagaimanapun ahli keluarga yang berada diluar Pantai Timur juga dimestikan@diwajibkan menyertai hari keluarga tersebut memandangkan kita satu keluarga besar SID70.

Tumpuan hari keluarga tersebut adalah untuk merapatkan lagi hubungan sesama ahli SID70 dan juga memeriahkan suasana ukhwah kekeluargaan dan persaudaraan. Tidak kira anda berada dimana , ahli SID70 tetap akan berakar umbi sampai bila-bila. Oleh itu betapa pentingnya hari keluarga ini disambut dalam keadaan meriah dan santai.
Sekalung tahniah buat ahli jawatankuasa KFD SID70 dalam merencanakan dan merancakkan program hari keluarga ini. Diharap semua rakan-rakan sekolah dapat meluangkan masa dalam mengembleng tenaga ke arah kejayaan program tersebut. Jadikan hari keluaraga atau 'Friend's Day 2010' kali ini dibuat secara besar-besaran memandangkan ianya dibuat di negeri kelahiran kita.
' HIDUP KFD SID 70 UNTUK WARGA SID70 '
Wassalam
Moderator Blog SID70


No comments:

Post a Comment

Gambar kenangan Group SID70

Gambar kenangan Group SID70