Friday, January 29, 2010

Minit Mesyuarat

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA
KELANTAN FRIEND’S DAY ( KFD ) SID70 2010
BIL 3 /2010

Tarikh : 28.01.2010
Masa : 5.30 petang
Tempat : Kantin Sekolah Dato’Hamid 2 Pasir Mas


KEHADIRAN

1. En Norhayazee Bin Mohd Noor Pengerusi
2. En. Wan Adnan Bin Wan Isa
3. En. Zawawi Bin Rameli
4. En. Osmera Bin Jusoh
5. Pn. Marini Bt. Awang
6. En.Ezaimy Bin Mohd Zain
7. En.Mustafa Bin Musa
8. En. Mohd Zainudin Bin Yaacob Setiausaha


Bil
PERKARA
TINDAKAN
1.
Perutusan Pengerusi

Tuan Pengerusi mengucapkan salam dan terima kasih kepada semua yang hadir serta memulakan mesyuarat dengan bacaan ummul kitab al-fatihah


2.Pengesahan minit mesyuarat KFD sid70 2010 bil 1 / 2010

Cadang : Pn.Marini Awang
Sokong : En. Osmera Bin Jusoh


Bil
PERKARA
TINDAKAN
Perakara-perkara berbangkit

Pindaan Tarikh Program

- Tuan Pengerusi memberitahu bahawa cuti sekolah akan dipinda ke tarikh yang asal – tiada perubahan berlaku
- En. Zawawi mencadangkan Kfd diadakan pada 6 hb dan 7 hb Jun 2010
- Disokong sebulat suara dan ditetapkan tarikh program KFD sid70 2010 pada 6 - 7hb Jun 2010

Tempat Program

- En.Hayazee memberitahu bahawa beliau bersama dengan En.Zainudin dan En Osmera telah pergi ke Pejabat Sudara Beach Resort dan telah menempah sebanyak 35 – 40 bilik bagi tujuan kfd 2010
- Pihak hotel memaklumkan bahawa perlu dijelaskan bayaran deposit sebelum 10hb Feb bagi tempahan bilik.
- Satu minggu sebelum program diadakan hendaklah menjelaskan semua bayaran.


Penyertaan dan bayaran

- Tuan pengerusi menegaskan dan berharap bahawa pihak AJK perlu berkerja keras dan bertungkus lumus bagi menarik seramai yang boleh bagi menyertai program ini.
- Setiap penyertaan hendaklah membuat bayaran persetujuan menyertai program ini sebanyak RM 150.00.
- Semua bayaran hendaklah memasukan kedalam akuan bendahari iaitu Bank Islam no akaun : 03027020523935 atas nama Haida Hassan.
- Setelah Bank in hendaklah sms kepada bendahari iaitu En Zawawi bagi pengesahan.


Hal-hal lain

Baki Wang RM 50.00

- Tuan pengerusi memberitahu bahawa wang lebihan daripada program FD di Impiana Hotel Morib masih lagi berbaki sebanyak RM50.00
- Tuan pengerusi telah menyerahkan wang RM 50.00 kepada Bendahari dan jumlah baki adalah sebanyak
RM 650.00

Puan Marini mengesyorkan bahawa setiap penyertaan hendaklah memberikan dua size baju bagi t-shirt yang akan disumbangkan oleh En Najib Rashdan

Tuan Pengerusi memberitahu bahawa bagi aturcara program hendaklah diselitkan Perenting talk yang akan di kendalikan oleh Prof Dr Aziah


Mesyuarat ditangguhkan pada 7.15 ptg dan penegrusi mengucapkan terima kasih diatas kerjasama semua yang hadir.
Disediakan Oleh : Disahkan oleh :

Mohd Zainudin Bin Yaacob En.Hayazee M.Noor
P / Setiausaha Pengerusi Program

No comments:

Post a Comment

Gambar kenangan Group SID70

Gambar kenangan Group SID70