Thursday, February 25, 2010

Tahniah atas Kejayaan Anak Peneroka.

TAHNIAH

Warga SID70 atau Sultan Ibrahim 2 Pasir Mas amat berbangga dengan kejayaan anak Pasir Mas yang bernama Zaini binti Abd Halim , kerana berjaya dalam peperiksaan STPM dan berjaya membawa nama Sekolah Menengah Sultan Ibrahim (2) sebagai sebuah sekolah yang berkualiti mendidik anak-anak Pasir Mas.

Beliau adalah anak seorang peneroka, dimana kejayaan beliau dikongsi bersama ayahnda , sudah kematian ibu dan ayahlah yang menjadi ibu dan ayah kepada beliau. Dengan berkat doa, sembahyang hajat dan munajat kepada Allah S.w.t belia telah berjaya didalam peperiksaan.

Walaupun beliau tidak mengetahui kewujudan blog SID70 ini namun saya merasakan warga SID70 turut tumpang gembira atas kejayaan beliau mengharumkan nama Sekolah Menengah Sultan Ibrahim (2) Pasir Mas , Kelantan.

Tahniah sekali lagi kepada adik Zaini binti Abdul Halim.

Dari Warga SID70

No comments:

Post a Comment

Gambar kenangan Group SID70

Gambar kenangan Group SID70