Masyarakat Pincang
Kes penderaan dan kematian kanak-kanak malang Syafiah Humairah Shaari yang baru berumur 3 tahun oleh teman lelaki ibunya meyentuh perasaan masyarakat Malaysia. Insan kecil ini dikatakan diperlakukan dan diainya seperti kucing kurap yang sering menggangu sekumpulan saudagar yang sedang menjamu selera di gerai tom yam kelas tiga bintang. Syafiah Humairah secara konsisten disiksa secara kebinatangan dengan menendang, menyepak, mencucuh puntung rokok dan sebagainya sehingga beliau menemui ajal. Dan sebagai mengulangi skrip biasa, Ibu Menteri dengan muka kasihan dan redup akan melahirkan perasaan kecewa dan meminta supaya masyarakat lebih prihatin dan sentiasa melaorkan kejadian-kejadian penderaan kepada pihak berwajib.
Kematian Syafiah sebenarnya telah merungkai dan membongkar tentang peranan institusi masyarakat dalam mengawal perlakuan sosial, masyarakat mengandungi elemen induvidu, keluarga, penghulu, ketua kampong, jiran, wakil rakyat hatta pegawai kerajaan diperingkat daerah. Harga kematian Syafiaih sesuhguhnya amat mahal dan telah membuka mata kita bahawa peranan masyarakat melayu telah berubah. Sama sekali berubah, Umum mengetahui bahawa Ibu Syafiah yang masih berstatus isteri telah menjalin perhubungan dengan teman lelakinya selama lebih 6 tahun, satu jangka masa yang cukup panjang. Timbul persoalan yang besar mengenai peranan dan tanggungjawqab Ibu dan Bapa Siti Norhanim (Ibu Syafiah). Kenapa mereka membiarkan hubungan terlarang ini dan perlakuan bersekedudukan berlaku dan berlanjutan. Sebuah keluarga yang hidup dalam linkungan Islam sanggup dan hanya memejamkan mata dan memekakan telinga atas perlakuan maksiat dan dosa besar berlaku didepan mata, serban dan kupiah bapa Siti Norhanim dan tudung bawal ibu Siti Norhanim. Apakah iman mereka begitu nipis untuk menegah anaknya daripada terus hidup dalam melakukan dosa atau kehidupan mereka terlalu miskin dan begantung harap kepada Abang Mat (teman lelaki Siti) sehingga sanggup menjadi kaldai tua. Jika itulah keadaanya, benar firman Allah bahawa miskin itu membawa kekufuran.
Lumrah manusia adalah hidup bermasyarakat, saling kenal mengenali antara tetangga dan individu-individu berpengaruh dalam masyarakat seperti penghulu dan ketua kampong. Dalam kes penderaan yang berterusan keatas adik syafiah, jiran tetangga dan kenalan teman lelaki Siti Norhanim sememangnya mengetahui berlakunya penderaan keatas kanak-kanak yang berumur 3 tahun. Namun atas sikap individualistik dan tidak peduli sekalipun kezaliman berlaku didepan mata maka diviasi sosial dibiarkan berlalu. Setidak-tidaknya masyakat sekeliling perlu melapurkan kepada pihak yang berwajib atau talian Nur. Apa peranan JKKK dalam hal ini. Kejadian ini sebenarnya membuktikan bahawa masyarakat kita berada dalam tahap yang kritikal, elemen-elemen yang membentuk institusi masyarakat sudah tersasar jauh fungsinya. Apa guna kita bercakap soal pembinaan modal insan, KPI, NKRA jika kezaliman yang dilakukan keatas budak yang baru 2 tahun keluar dari status bayi dibiarkan dan akhirnya menemui ajal. Individu dan masyarakat kita hakikatnya terlalu mengejar kebendaan dan ganjaran yang akhirnya mengikis sifat kesukarelaan. Fenomena ini menyerlahkan pembinaan masyarakat pincang, masyarakat yang mengundur kebelakang dan semakin menjarak daripada peranan dan tanggungjawab sebenar. Adik Syafiah Humairah Shaari sepatutnya dibelai dan didik dengan penuh kasih dan sayang daripada ibu dan bapa dan bukan sebaliknya. Anak-anak adalah anugerah Ilahi dan tanggungjawab kita semua untuk membentuknya menjadi manusia yang berjaya dunia dan akhirat.
Rahimi Ismail
Pondok Tok Guru Hj. Ghani
4 mac 2010
No comments:
Post a Comment