Wednesday, December 16, 2009

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU
AWAL MUHARAM - 1431 HIJRAH [ 18 DIS 2009 ]

Ingat untuk membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun.




Bacaan lepas solat Asar Bacaan lepas solat maghrib

Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain (Hadis riwayat Al-Qudhi)

Wassalam.

Monday, December 14, 2009

Sahabat SId70


Rakan SID70 - Saudari Marini bt Awang


Rakan SID70 - Azhan bin Abdul Rahman


Rakan SID70 - Arif Ismail




Gambar sahabat kita saudara Arif Ismail .

Monday, December 7, 2009

Azhar - Sahabat kita di Makatul Mukaramah
















Gambar sahabat SID70 kita saudara Mohd Azhar Zain yang bekerja di jeddah dan melakukan ibadat haji di Makatul Mukaramah.























































Cuti-Cuti Bawa Anak Jalan-Jalan



Khas untuk para-para ibu, ibu-ibu dan juga bapa bawa anak bersiar berhujung minggu ke Sunway Lagoon untuk melihat pertunjukan singa laut dan ikan lumba-lumba.

Modem Moderator



Pada tanggal 7.12.09 , modem kesayangan moderator talah kembali ke alam barzah dimana modem moderator telah mengalami kemalangan - total lost , dan tidak dapat diselamatkan lagi.
Kemalangan tersebut telah berlaku waktu malaysia pada jam 8.30 malam bilamana sahabat moderatot telah melawat moderator dan secara tidak sengaja berlaku perlanggaran kaki sahabat moderator yang sebesar tapak kaki gajah terus menghentam modem moderator tanpa belas kasihan . Hancur luluh hati moderator apabila tidak dapat memasuki dunia tanpa sempadan buat sementara waktu bagi menghubungi sahabat-sahabat moderator.
Apa yang menyedihkan bilamana modem tersebuit telah berkhidmat dengan moderator lebih kurang 1 tahun tetapi ajal telah menemui modem tersebut terlalu awal. Apa yang boleh moderator lakukan adalah mungkin cuba membawa ke kedai ketuk body kereta untuk melihat samada ianya boleh di kembalikan balik nyawa modem tersebut.
Laporan polis telah dibuat dan akan difailkan di mahkamah sedikit masa lagi , tuntutan insuran tetap dilakukan kepada pesalah yang melanggar modem tersebut dan kiranya tidak dibayar sepenuhnya maka pesalah tersebut akan dibawa ke muka pengadilan.
Buat semetara waktu , moderator terpaksa menggunakan internet di pejabat pendakwaraya untuk menghubungi sahabat-sahabat dan rakan-rakan sid70.
Wassalam
Moderator

Sunday, December 6, 2009

Mesyuarat FD SID70







Pada 5/12/09 bertempat di rumah saudara Rahimi , mesyuarat mengenai hari keluarga atau friends day telah berlangsung dengan jayanya dimana mesyuarat ini membincangakn tentang persiapan mengenai hari keuarga atau freind's day yang akan dibuat pada tarikh 26&27 december ini.
Kehadiran pada hari tersebut adalah saudara yazee . Timbalan Pengerusi Sid70 , saudara wan hamizu , saudara moderator , saudara solah , saudara fadly , saudari intan iaitu pengerusi dewan muslimat sid70 dan juga ahli baru sid70 iaitu saudari Noraini Derasid..ehem ehem...
Mesyuarat ini membincangkan mengenai persiapan oleh ahli jawatankuasa majlis dan juga mengenai aturcara program yang akan diadakan di Hotel Impian Morib Banting. Umum diketahui bahawa penyertaan amatlah memberangsangkan oleh kerana ianya disertai juga oleh saudara kita ahli SID70 dari kelantan.
Aturcara program akan dimuatkan kedalam laman web ini memandangkan ianya adalah acara hari keluaraga tahunan yang pertama untuk kumpulan SID70 ini. Difahamkan juga satu usaha untuk menghimpunkan ahli keluarga SID70 di Kelantan juga telah digerakkan oleh ahli-ahli kita yang berada di Kelantan Darulnaim , negeri kesayanagan , tanah serendah sekebun bunga dan juga negeri yang terkenal dengan panggilan cik siti wan kembang dengan moto yang paling ditakuti oleh pihak lawan iaitu ' Gomo Kelate Gomo '.
Alhamdulilllah , mesyuarat tersebut telah berakhir dengan jayanya dimana segala masalah yang timbul dapat diselesaiakn secara bijaksana dan ukhwah persaudaraan oleh ahli-ahli jawatankuasa yang bermesyuarat pada pagi itu. Mesyuarat telah diakhiri dengan jamuan makan yang dianjurkan oleh saudara pengerusi dimana menu pada hari itu adalah daging itik masak kari , daging kerutub oleh saudari intan , ulam ulaman , ikan kering , otak-otak dan paling tidak boleh tinggal adalah makanan kegemaran rakyat kelate iaitu budu cicah asam beserta lada taik tikus. Pendek kata ahli mesyuarat merangas sepuas-puasnya bagi meredakan stress pada mas mesyuarat.
Saya lampirkan gambar foto mesyuarat untuk tatapan ahli jawatankuasa sebagai kenang-kenangan.
Wassalam
Moderator


































































Wednesday, December 2, 2009

Gambar kenangan Group SID70

Gambar kenangan Group SID70