Wakil sid70 telah membuat siasatan ke rumah solah dibandar rinching semenyih selangor , antaranya saudara lan kunta, rahimi , intans dan moderator sendiri pada 18 Oct 2009. Untuk kerumah beliau sahaja mengambil masa 1 purnama perjalanan dimana pihak kami telah tersesat hingga ke rinching hulu dan terpaksa berpatah balik menuju ke rumah Solah. Navigasi GPS moderator telah kehilangan arah panduan oleh kerana alamat yang diberikan tidak dikemaskini dalam navigasi GPS dan terpaksa bergantung pada manual komunikasi antara lan kunta dan solah sendiri. Bukit rumah solah duduk pada zaman hang jebat dulu adalah bukit pertapaan atau dikenali bukit jin bertendang( Solah tok leh marah...nantiu kena jual ). Ada benda moden tangan pun tok leh paka lah mana...ha ha ha
Untuk kerumah beliau sahaja kami terpaksa menempuh dugaan mencabar dimana terpaksa menempuh pemeriksaan kawalan sekuriti yang ketat( ganah kan tuh ) , ada gate tapi mujur tak dok anjing guard...ko tidok mapuh kerah nyo hambat ko anjing.. Lepas tu terpaksa mendaki lereng bukit untuk kerumah beliau. Banyok kijaan nak sampai ke rumah beliau. Mujurlah petanda lokasi kerumah beliau adalah tangki air besar atas puncak bukit. Pah tu nampak la solah terkedek-kedek ditepi jalan melambai ke arah kami ....
Akhir sekali ketemu jua rumahnya di tepi lereng bukit.... Bila saja sampai ke rumah solah kami ternampak kelibat intan yang sampai awal tanpa kami ketahui baru nak bermula sesi meranggas makanan tanpa menunggu kami..ha ha ...jgn mare intan...nanti kena jual...
Kalu dilihat pada gambar-gambar yang diambil di rumah solah, ada gambar paling menarik perhatian dimana 2 beradik yang terpisah selama 22 tahun telah berjumpa. Berjumpanya 2 beradik ni dalam keadaan mengejutkan oleh kerana seorang berkulit mat salleh dan seorang lagi berkulit ala-ala negro gitu. Jadi oleh kerana 22 tahun tidak berjumpa maka jejak kasih membawa mereka berdua bertemu di rumah solah.
Tetapi jauh berbeza bila 2 beradik ni bertemu kembali, lihatlah gambar tersebut. Rupanya bila kita berpisah kita akan berpelukan , tetapi bagi 2 beradik ni, mereka berhantukan kepala sesama mereka tanda mesranya bila berjumpa.... SADIS sungguh sahabat bila melihat kemesraan mereka.. Maklumlah 22 tahun tidak berjumpa. 2 beradik tu ialah abe jib dan abe lan kunta... Sadis sungguh... :)
Bersambung dengan sesi make-make.
Tapi tak pa biarkan 2 beradik tu dengan cerita mereka , selepas itu apa lagi lan kunta, rahimi, moderator tidak membuang masa oleh kerana perut sudah berlagu maka kami pun merangess sepuasnya sambil mendengar lagu selamat hari raya . Pah bual lepas makan, abe jib pun sampai.....Berborak pulak sapar pukul 8 malam oleh kerana hangatnya topik dibualkan oleh puok-puok ni..
Akhir sekali kami pun berundur selepas itu sebelum tuan rumah hambat balik... Sekali lagi terima kasih pada saudara solah kerana sudi menjemput ke rumah beliau menikmati hidangan juadah yang sedap-sedap.
No comments:
Post a Comment