Sunday, October 18, 2009

Ziarah pertama ke tanah suci - Prof Noraziah

Ziarah pertama ke tanah suci
Oleh Noraziah Mohamad Zin

Ramai di kalangan sahabat-sahabat kita yang telah dan akan mengerjakan ibadat haji. Tidak kurang juga yang telah menunaikan umrah sebelum haji. Sedikit pengalaman untuk dikongsikan bersama. Pada akhir tahun 2003, saya dan suami telah di berangkat ke tanah suci Madinah dan Mekah. Sebenarnya saya menghadiri seminar di Yemen dan suami bercadang mahu menunaikan umrah selepas itu. Oleh kerana perlu singgah di Yemen dahulu, kami terpaksa pergi sendiri iaitu tidak melalui mana-mana agen.’Free and leisure’ mungkin istilah yang tepat walaupun dalam hati agak kecut kerana inilah pengalaman pertama kami. Sebuah syarikat menguruskan umrah dan haji telah bersetuju mendapatkan VISA untuk kami. Segala urusan lain di buat sendiri. Pasrah sahaja, kata suami.

Setelah urusan di Yemen selesai, timbul satu masalah. Penerbangan ke Jeddah tidak dapat dilakukan pada hari dan waktu yang tertera dalam tiket kami. Agak tertekan pada masa itu, terutamanya suami yang beria mahu mengerjakan umrah. Di tambah pula orang-orang Yemen bercakap arab dengannya kerana dikatakan wajahnya yang sedikit ke’araban’, yang tidak difahami walau satu ayat. Tetapi Allah telah menentukan rezeki kami. Akhirnya dapat juga menjejakkan kaki di Jeddah.

Di lapangan terbang, agak lama juga mundar-mandir di situ sehingga di sapa oleh seseorang yang katanya wakil agen yang tolong dapatkan kami visa. Dia mengajak kami ke vannya dan katanya menunggu satu keluarga lagi untuk sama-sama ke Madinah. Lebih kurang setengah jam, datang sepasang suami-isteri bersama 4 orang anaknya. Dari jauh suami berkata, ‘macam kenal aje’ Ya betullah perancangan Allah tiada siapa yang tahu. Kami di pertemukan dengan Ustaz Sekolah kami yang sudah tak berjumpa lebih 20 tahun iaitu Ustaz Kamaruzaman 'tanda'. Bersamanya kami ke Madinah, sewa hotel dan aktiviti lainnya.

Di masjid Nabawi segalanya syahdu. Berjalan dari hotel ke masjid agak selesa kerana permukaan tanahnya yang landar berbanding Mekah yang berbukit-bukau. Makanan boleh di dapati sepanjang perjalanan dari hotel ke masjid yang mengambil masa 10-15 minit. Biasanya telekung siap di pakai dari tempat tinggal dan keluar dengan memaki stoking serta sandal. Kain sembahyang tidak perlu lagi. Waktu untuk kaum wanita ke Raudah ialah selepas subuh. Hari pertama terlepas kerana orang sudah berpusu-pusu.Dalam hati berkata, esok mesti cuba lagi dan sudah berkira-kira strategi yang perlu dilakukan iaitu solat subuh di tempat yang hampir dengan pintu menghala ke Raudah, jangan bawa apa2 yang menyusahkan pergerakkan dan tunggu di depan pintu tersebut. Alhamdulillah, dapat masuk ke dalam Raudah. Kalau dulu kawasan raudah di tandakan dengan karpet merah. Sampai di situ cepat2 buat solat sunat dan berdoalah dengan kyusuk dan cepat.Tapi tak boleh kyusuk sangat kerana kita akan di tolak dan di asak, masa sujud pun dilangkah. Kemudian bergerak ke Makam Rasulullah, dalam kawasan yang sama.

Setelah beberapa hari di Madinah, kami bergerak ke Mekah. Apabila memandang Kaabah, rasa terpegun yang teramat sangat. Bagi yang tak mempunyai pengalaman seperti saya, baru perasan rupanya kedudukan Kaabah beberapa anak tangga ke bawah. Selepas tawaf, rupanya saie pun dalam kawasan yang sama dalam masjid, hanya beberapa langkah sahaja. Antara pengalaman yang tak dapat dilupakan, pada satu ketika, saya asyik membaca quran dan telah terpisah dengan suami. Agak lama jugak mencarinya sehingga di halau oleh pengawal dan keadaan yang sesak memburukkan lagi keadaan. Masa dah jumpa balik, katanya dia berada di tempat yang sama. Macammana saya boleh tak nampak, hanya Allah yang tahu. Stamina memang sangat diperlukan semasa di Mekah. Keadannya yang berbukit-bukau, kita perlu mendaki bukit setiap hari untuk ke masjid. Semasa tawaf, memang tersangat perlukan persefahaman antara suami-isteri/muhram. ”Follow him and follow the flow’ walaupun kita rasa pusingan yang dibuatnya jauh dan memenatkan!
Rasanya cabaran menunaikan haji lagi hebat. Tapi diharapkan perkongsian ini dapat memberi sedikit gambaran bagi yang akan akan ke tanah suci. Semoga mendapat haji yang mambrur.


Best regards

Noraziah M Zin, PhD
Associate ProfessorDepartment of Biomedical ScienceFaculty of Allied Health SciencesUniversiti Kebangsaan Malaysia50300 Kuala LumpurMALAYSIA
Tel: 603 92897373 (O), 0133973997 (hp)Fax: 603 26929032

PETUAN TAHAN LAMA

KELAPA PARUT?

Untuk lebih tahan lama selama 2 tahun.

Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja. Gunakan sebelah pada 31 December 2008. Dan sebelah lagi pada 1 January 2009. Wah...tahan sampai 2 tahun kan?

NASI/LAUK

Biar tahan lebih lama, Jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria. Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.

BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMAS

Kalau untuk lebih tahan lama,

Bayarle zakat utk barang kemas tu atau pakai saja. Barangan emas bila dah terlalu banyak, kena bayar zakat. Kalau tak, tetiba hilang atau kena curi, padan muka korang, ha haa...

PAKAIAN .

Nak tahan lama , Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama sangat elak guna washing mach. Jangan jemur bawah mentari terik elak guna bleach. Jangan bawa mandi kat beach. Gantung bila disimpan. Cuci guna air jeram/hujan. Jangan bagi pinjam kat kawan!!!. Kalau nak tahan lagi lama PINJAMLAH BAJU MEMBER... BAJU SENDIRI SIMPAN.

KERETA

Nak tahan lama. Lepas beli, simpan kat garaj. tutup elok2. jangan bagi angin masuk. jangan bagi abuk masuk. jangan bagi wap air masuk. bayar loan bulan2. sampai abis loan. gerenti tahan lama.

KENYANG

Kalau nak tahan lama, Sebelum makan - baca bismillallah dan doa Akhir makan - doa dan ucap alhamdullillah...

UMUR

Umur nak tahan lama? Banyak kan senyum, jangan fikir semua masalah dan jangan merokok!!! (bukan sebab rokok tu bahaya tapi bazirkan duit saja, kalau duit tak ada banyakkan lagi masalah).

ROKOK

Rokok nak tahan lama? Jangan hisapplah......!!!!, letak atas meja dan pandang saja.

P/S: jangan hisap benda-benda yang dilarang...sendiri mau ingat > hahaaa....

TIDUR

Nak tahan lama tak tidur malam Rajin-rajinlah tidur siang.

HUBUNGAN

Bertahan lama dalam persahabatan/hubungan, Jujur dan ikhlas je!!!!

Last word: untuk BERTAHAN LAMA BERKAWAN..............sentiasa terbuka dan rasional dan bergurau selalu dan keep in touch... Oops minta maaf kalau ada yg tersinggung...

No comments:

Post a Comment

Gambar kenangan Group SID70

Gambar kenangan Group SID70